Friday, July 30, 2010

~ Mac 2009 .. Usiaku 2 bulan ~












lihat la aksi2 manjaku ketika usia ku 2 bln...hehe..gebuz gitu...

~ Februari 2009 ...Usiaku Sebulan ... ~










Tok dan aki datang melawat aku. Mereka datang dengan acik. kebetulan cuti tahun baru cina. 3 hari aje tok datang. akhirnya sampai jugak tok dan aki ke rumah baru mama dan papa. masa aku lahir baru 2 bulan lebih mama dan papa pindah ke rumah ni. sambil2 tok datang melawat orang baru, dapat tengok sekali umah baru..hehehe..2 in 1. dapat ler aku bermanja ngan tok selama 3 hari ni...

mama cakap aku kuat meragam...suka berjaga malam...cian mama tak dapat tido..mama dan papa bergilir2 jaga aku. akhirnya papa belikan buai untuk aku sebab aku suka di dodoi. bila aku dah tido mama nak letak kat tilam mesti aku jaga...mana best mama tido kat tilam..tido dalam pangkuan mama kan best...damia takot la tido kat situ...tapi mama tak paham apa aku ckp..hehe

dah ada buaian pun sama gak. asyik nak kena enjut jer..berhenti enjut aku nangis..hehe..bila lagi nak kenakan mama kan..time ni ler..cian mama..bergilir-gilir la mama dan papa buaikan aku..kadang2 mama tak tido malam layan kerenah aku..inilah pengorbanan seorang ibu.thanks mama...

Wednesday, July 28, 2010

~ Hari Pertama Aku Melihat Dunia ~


23 JANUARI 2009
ni gambar aku masa baru lahir...

6.00 PAGI

Mama terjaga dari tido..hari ni mama last keje..minggu depan mama dah nak start cuti sementara tunggu kelahiranku..sewaktu mama nak turun dari katil, mama rase pinggang mama kebas..sakit sangat pinggang mama..
"agaknya sebab malam tadi aku sental lantai bilik air agaknya" kata mama dalam hati sambil turun dari katil. sewaktu mama melangkah ke almari untuk ambil tower, mama rasakan ada air keluar..macam kencing..tapi mama pelik, mama tak rase nak kencing pun..cepat2 mama masuk toilet..

"kejap lg la aku lap..nak mandi dulu.."gumam mama sambil melangkah masuk ke toilet...dalam toilet air tu masih keluar lg...terkejut mama apabila tengok air yang mengalir kat lantai tu berwarna hijau... "air ketuban ker" terus mama teringat drama yg mama tgk 2, 3 hari lepas perempuan tu nak bersalin, air ketubannya pecah, dan airnya berwarna hijau...

lantas, mama cepat2 keluar dari toilet dan tekan suiz lampu.mama nak pastikan air yg keluar tadi sama tak yang kat toilet tu..
"ya allah..hijau jugak...sah...ni air ketuban..patut la pinggang aku kebas, sakit.." gumam mama sendirian..cepat2 mama kejutkan papa..
"papa, ayang dah pecah ketuban la....sakit pinggang ayang"
papa terppinga2 dan terkejut... "hah..betul ker?mana?hah..klu gitu cepat2 mandi kite pergi hospital..ayang sakit tak?" tanya papa cemas..

lepas mandi mama telefon tok.mama cakap air ketuban dah pecah.tok suruh cepat2 pergi hospital, sebab kata tok klu dah pecah ketuban, tak lama lagi la bebi (aku ler) nak kuar..lepas tu mama telefon mak long ti...mak long pun suh mama cepat2 pergi hospital..mama sebenarnya tak pernah mengalami situasi macam ni..masa mama bersalinkan abang dulu air ketuban doktor pecahkan masa dalam labour room..

kontraksion datang setiap 5 minit..mama mengaduh kesakitan..pastu sakit tu hilang..kemudian datang lagi..begitulah seterusnya..mama tak putus2 baca segala doa yang mama ingat...pukul 6.45 pagi mama, papa, hantar abang ke rumah mak ti. papa tanak hantar taska, takot nanti mama lama kat labour room, papa tak sempat amek abang kat taska..lagipun mak ti tak kerja malam tadi..sebelum papa hantar abang ke atas, mama peluk cium abang...mama cakap, "abang duk diam2 ek kat umah mak ti..bebi dah nak kuar..mama nak pergi hospital, kuarkan bebi.." abang hanya mengangguk..sayu jer pandangan mata abang..mama pun jadi sedih dan sayu nak tinggalkan abang.. lantas mama merangkul abang, mama peluk abang dengan erat....air mata mama mengalir...papa tenangkan mama dan hantar abg ke rumah makti..


7.00 PAGI


dalam perjalanan ke hospital mama telefon nenek kat kampung..mama cakap mama dah nak bersalin..mama mintak ampun dan maaf ngan nenek..dengan tok mama dah mintak maaf tadi..nenek menangis.. "jangan cakap macam tuh...mak doakan ina selamat..mak sayang ina" air mata mama makin deras...macam2 perasaan mama tika ini..

perjalanan ke hospital yang biasanya mengambil masa hanya 20 minit telah berlarutan sampai setengah jam..jalan jammed giler kat area pantai lido..mama dah mengaduh kesakitan...papa bila tengok mama macam tu terus pasang double signal dan outlaw sekali sekala..hehe..papa potong Q... tapi kebanyakan faham situasi papa..diaorg tau ada org nak bersalin kat dalam kete tuh..hehe..ramai yang bagi kerjasama, diorg bagi laluan kat papa..


8.15 PAGI

akhirnya selepas sejam mengharungi perjalanan yang sesak, sampai juga mama dan papa kat hospital..papa turunkan mama kat tempat bersalin..mama keseorangan..pengawal keselamatan perempuan meluru ke kereta papa sambil membawa kerusi roda. disebabkan tiada sesiapa mengiring mama masa tu, Pengawal keselamatan terus bawa mama naik ke tingkat 2..tempat bersalin..papa pergi parking kereta.waktu pagi2 macam ni memang susah nak parking kat HSA ni.

mama di bawa masuk ke bilik saringan. doktor melakukan pemeriksaan..jalan baru 3 cm terbukak..tp mesin kat sebelah mama tu mencatatkan kontraksi seolah2 mama dah nak bersalin..dalam hati mama tak putus2 baca "ihdinassirotolmustaqim" yang mak long ajar..sebenarnya sejak mama sakit tadi mama mmg tak putus2 baca ayat ni..doktor cek lagi sekali.. doktor seakan2 tak percaya, dah 5 cm..dalam masa beberapa minit jalan terbukak dengan pesatnya..hehe..cayya la mama..sakit sangat pinggang mama...rasa macam nak nangis, tapi air mata tak keluar..hehe..


9.00 PAGI

mama disorong ke labour room...papa duk isi form untuk teman mama kat labour room...mama tanya nurse kat dalam labour room tu, bila boleh minum minyak selusuh..nurse tu cakap tak boleh minum lagi..nanti kite cakap bile boleh minum..papa tnya lagi "bila agaknya ek dia ni bersalin? dalam sejam lg ke?" nurse tu dengan penuh keyakinan menjawab, "ermmm..maunya 3, 4 jam..."


9.24 PAGI

"abng, mama rase cam nak berak la.." cakap mama sambil menahan kesakitan yang amat..tapi mama rase kesakitan kali ni tak sama sewaktu mama bersalinkan abang..dulu mama langsung tak sedar masa dalam labour room..ni mama siap boleh bersembang ngan papa..

" kejap abang panggil nurse"..papa berlari ke luar mencari nurse..dalam bilik mama nurse tak ada..sebab mama baru jer masuk dalam labour room, nurse target mama lambat lg bersalin.. tergopoh2 nurse siapkan peralatan, tettiba dengan kekuatan yang masih ada, mama menjerit, allahuakhbar!!!!!!! serentak dengan itu, satu tangisan yang nyaring bergema memenuhi ruang bilik itu..serta merta kesakitan yang mama lalui tadi lenyap..aku telah lahir ke dunia ini...ya allah..sungguh luas alammu..ku sangkakan dalam rahim mama dah cukup bagus, luas, rupenya dunia luar lagi luas terbentang.."yang mana mama ni" kataku..hehehe..iyo ko..hahaha..

"abang, lelaki ke perempuan?" tanya mama..memang mama tak sabar nak tau jantina anak yang baru saje dilahirkan itu..nurse bertungkus lumus untuk keluarkan uri dan bersihkan aku.aku menangis kesejukan.

"entah...laki ke perempuan ek? tak pandai la abg tgk?" jawab papa bersahaja sambil terjengah2 nurse bersihkan aku..
"ish.. papa ni..ada pulak mcm tu..tak tau.." gumam mama dalam hati..

"puan dapat anak perempuan" nurse memberitahu sambil menghulurkan aku kedalam dakapan mama..hangat sungguh dakapan mama..aku rase selamat di situ.. lebar senyuman mama tat kala nurse memberitahu aku perempuan..hehe..terus terlintas nama yang sudah lama mama idam2kan.. berat aku masa lahir 2.56 kg jer..sungguh kecik kan.. :)

"abang, dapat jugak kita kasi nama QISTI DAMIA HUMAIRA kan..." kata mama dengan penuh gembira..mama dan papa bersuykur sangat2 aku dilahirkan sebagai perempuan..aku haus..mama menyusukan aku..lepas tu nurse datang untuk menjahit luka mama..aku diletakan dalam katl kecik dan diletakkan disebelah katil mama..

mama ingatkan dah berakhir episod kesakitan tadi..rupe2nya sakit yang amat sewaktu proses jahit luka..lebih sakit dari nak bersalin tadi..ya allah..bilakah kesakitan ini akan berakhir...getus mama dalam hati..

selepas proses menjahit luka selesai, nurse cakap kena tunggu doktor cek darah beku dalam perut baru dia hantar ke wad biasa..selagi doktor tak cek, tak boleh pindah ke wad lg..

sekali lagi keimanan mama diuji, doktor india datang untuk cek darah beku..masya allah, sakit sewaktu jahit tadi belum lagi hilang, tambah lagi sakit..dah la tangan doktor india tu besar giler...bengkak rase tempat jahit tu..tekanan darah mama serta merta naik..mungkin sbb terlalu takut kena seluk ngan doktor india tu kot..hehehe..cian mama..

11.30 PAGI

aku dan mama dipindahkan ke wad biasa..berpusing2 nurse sorong aku ngan mama kat dalam wad..tak ada katil kosong, lepas tawaf dua kali akhirnya mama dan aku ditempatkan kat katil tmpt org mengandng yg tggu masa utk dibawa ke labour room.aku asyik tido jer..so mama dapat la rehat sikit..mama siap baca paper..
doktor tegur mama "awak bersalin bila"
"pagi tadi doktor, pukul 9 lebih" jawab mama dengan pebuh senyuman..
"saya tengok awak cergas jer...meh sini saya cek, kalau awak ok, awak blh balik petang ni"
"betul ke doktor" excited sungguh mama...hehe..
doktor periksa perut mama..kata doktor dah tak ada darah beku..
"anak awak dah berak" tanya doktor...
"dah..dah dua kali berak..kencing pun dah" laju mama menjawab..hehe..ni mesti nak balik umah cepat kan mama.. :)
"ermmm..awak dah berak"
"belum"
"ada kentut tak"
ish apa la doktor ni tnya aku ade kentut ke tak..hahaha..gumam mama dalam hati..
"ada.." jawab mama..
"ok..petang ni awak boleh balik.."
mama gembira yang amat sangat..kat wad ni langsung tak selesa..dah la katil tinggi, bilik air jauh..pastu ibu terpaksa mandikan sendiri bb..mama mana lah ingat macamna nak mandikan bebi..

mama tak dapat nak lelapkan mata..telefon mama asyik berdering jer..semua telefon mama nak bertanyakan khabar aku...hehe..bangga giler aku...semua menyambut kelahiran ku dengan rase penuh gembira..lebih2 lagi tok..tok memang berhajat sgt nakkan cucu perempuan lagi..kata aki, lagi 2 minggu aku dilahirkan, tok dah beli 2 pasang baju perempuan untuk aku..hehe..teruja sungguh tok menanti kelahiran aku..

uda tak percaya aku dah lahir ke dunia ini..dia cakap baru petang semalam dia ber 3g ngan mama, nak tgk perut mama yang buncit itu..alih2 tghari ni mama telefon cakap aku dah lahir..uda tgk aku melalui video call..hehe..uda cakap aku macam muka dia..memanglah..uda ngan mama kan cam kembar..seluruh ahli keluarga mama menerima berita kelahiranku dengan begitu gembira sekali..akhirnya penantian selama 10 tahun nakkan bebi perempuan berakhir hari ni...

2.00 PETANG


papa balik umah untuk uruskan uri aku..papa cakap petang ni papa datang nak bawak abang.makti pun nak datang.makti dan abg zul tak kerja hari ni..aku pun tak sabar nak tengok muka abgku..selalu dengar suara dia jer..hehe...cepatla abang datang..bebi dah tah sabar nak tengok abang...

aku asyik haus jer..kejap2 aku menyusu..mama dengan sabar menyusukan aku..walaupun air susu belum keluar, mama tetap susukan aku dengan sabar..sayang...mama..ermmm..hehe..


4.30 PETANG


papa datang...tapi papa sorang jer..papa senyum ke arahku..lantas papa ambil gambar ku dengan hp papa...papa cakap kejap lagi makti datang, bawak harith sekali..papa dukung aku..papa cium aku...oooohh..ini rupenya papa aku..encem jugak..hehehe..

tak lama kemudian, makti, anak2nya (sepupu aku ler tu) dan abang masuk..mereka smua tak sabar nak tengok aku..makti amek aku dan kendung aku..kejap2 orang ni amek, kejap2 org tu amek..abang pun nak pegang gak..mak ti letak aku atas riba abg,,arghhh..tak selesa la..abang kecik lg..rasa tulang jer..

nurse cakap hari ni aku lah rekod bb paling kecik yg lahir hari ni..hehe..semua yg lalu kat tepi aku mesti tegur aku, keciknya..so cute..very cute...hehe..pe lagi..bangga ler aku..hehe

mama ukut muka aku ngan tapak tangan mama, lagi lebar tapak tangan mama ngan muka aku..hu3..kecik sungguh aku waktu ni ek...hehe..


7.30 MALAM


kami semua keluar dari hospital..bertolak balik ke rumah..mama sorang jer naik kete papa..aku makti bawak naik keretanya..abang pun naik kereta mak ti..

hari ini bermula lah kehidupanku dimuka bumi ini dirumah mama dan papa, ditemani abangku yang encem..hehe...

~ Aku Hadir Dalam Hidup Mama, Papa dan Abang ~


MEI 2008
masa ni aku lam perut mama..hihi...

Mama, papa, abang gembira yang amat sangat apabila doctor mengesahkan bahawa aku telah wujud dalam rahim mama..usiaku ketika itu baru 5 minggu..abang lah insan yg paling gembira..dia dah dapat kawan..kalau tak asyik mintak bebi jer..masa ni umor abg 3 tahun 4 bulan..

Mama mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandungkan aku..kesian mama..tapi inilah pengorbanan mama. mama terpaksa cuti tanpa gaji selama sebulan setengah. mama tak dapat makan, minum.. hari-hari mama terpaksa drip.badan mama kekurangan air..mama selalu muntah-muntah..papa jaga mama dengan baik sekali..setiap kali mama muntah, abang selalu gosok2 belakang mama..kesian mama..

setiap bulan mama lakukan pemeriksaan.untuk pastikan aku dan mama sihat..masa usiaku 3 bulan, doctor scan, mama nampak aku ngan bersilang kaki..doktor dan mama ketawa melihat gelagat aku dalam rahim mama.. :-)


OGOS 2008

Masuk bulan ke empat usia aku dalam rahim mama, mama dah boleh masuk keje. mama dah boleh makan dan minum seperti biasa..selera mama makin menjadi2..mungkin sebab dah lama tak menjamah makanan agaknya. abang pun tak banyak kerenah..dia tau mama penat kandungkan aku..aku pun tak banyak ragam dalam perut mama..hehe..aku memang budak baik kan..

mama dah mula rasakan tendangan ku..aku saje nak kick mama...aku tau mama ketawa setiap kali aku kick dia...aku dapat rasakan jugak belaian dari papa dan abang..aku tau diorg semua tidak sabar untuk menantikan kelahiran ku ke dunia ini...sabar ek smua..sampai masanya nanti kite bersua jua..hehe..aku lom puas lagi lam perut mama nih.. ;-)


NOVEMBER 2008

sewaktu usiaku 7 bulan, mama dimasukkan ke hospital kulai. sebab mama sakit perut. rupa2nya kencing mama kotor..tu la mama, tanak minum air masak banyak2..aku tau mama tak suke minum air masak..setiap kali aku haus mama minum air manis jer... mama masuk wad tak lama, 3 hari 2 malam jer..lepas doktor pastikan mama dan aku takde masalah, mama dibenarkan keluar..sian abang tido malam tanpa mama..

banyak kali dah mama scan untuk tgk jantina aku..tapi setiap kali scan, mesti tak nampak..aku saje nak surprisekan mama..hehe..tapi naluri mama kuat mengatakan anak dalam kandungannya tu (aku ler) gugurl..tp mama tak nak mengharap sangat, sbb mama takut kecewa..tapi mama selalu cakap ngan aku sambil belai2 perutnya..
mama cakap "baby, mama tak kisah baby boy ke girl..yang penting, baby lahir ngan selamat,sihat, dan sempurna segalanya..." aku senyum jer dlm perut mama..sejuk hati aku dgr kata2 mama..

mama selalu bersembang ngan aku..kadang2 mama tepuk aku klu aku aktif sangat main futsal kat dalam..aku tau mama geli...hahaha...kadang2 aku dengar suara abg..abang selalu panggil aku "bebi..bebi..cepat la kuar...abg windu bebi...abang tak sabar nak main ngan bebi.." boleh dikatakan setiap hari aku dengar dialog ni..aku gembira sangat, semua orang tak sabar menanti kelahiranku..semua terima aku dengan gembira...tunggu ye semua..dah tiba masanya nanti aku keluarlah...

tapi aku takut jugak..macamana ye dunia kat luar tuh? macamana rupe mama..papa..abang..ermmm..aku pun tak sabar nak keluar nih..tp belom tiba masanya lagi...papa, mama, abang, nantikan kelahiran adik yea...:))))

keluarga mama, memang menghrapkan aku perempuan, sbb cucu tok n aki ada 2 orang jer perempuan..tu pun semua dah besar2.setiap kali mama keluar ke mana2 mesti orang cakap, "awak dah scan ker" mama cakap "dah scan, tp tak nampak...tak kisah la janji sihat" mesti orang akan cakap mcm ni.."nampak gaya macam perempuan"

sepanjang aku dalam perut mama tak pernah pun orang ckp aku ni lelaki.semua cakap aku perempuan..aku kat dalam senyum jer..hehe..

JANUARI 2009

waktu untuk aku lahir ke dunia ni hampir tiba...aku asyik tertanya, bila la aku nak keluar, nak tgk mama, papa, abang...aku selalu dengar mama cakap "bb cepat la keluar...mama tak sabar nak peluk bb...bb tolong mama ye, doakan mama bersalinkan bb dengan mudah"

14 Januari 2010

mama dikejarkan ke hospital dengan ambulans, sebab tekanan darah mama terlalu tinggi..papa follow mama ngan kete..sampai kat hospital mama dimasukkan ke wad..tp bila masuk wad tekanan darah mama normal jer doktor ckp..tp doktor masih dalam pemerhatian doktor..semua ingat mama masuk wad nak melahirkan aku..aku belum mahu keluar lagi la..hehe...tak puat lagi duk lam perut mama...3 hari 2 malam jer mama duk dlm wad..jari jumaat 16hb mama dibenarkan keluar..mama rindu sngat ngan abang..

cian mama..sepanjang ngandungkan aku 2 kali mama dimasukkan ke wad..masa alahan dulu berpuluh2 kali kena masuk air...terima kasih mama sebab sudi jaga bb dalam perut...jasa mama bb tkkan lupakan sampai bila2..