Friday, March 4, 2011

Langkah Pertama






Januari 2010

Damia dah mula menapak....bertatih..jalan jatuh..namun damia tak pernah kenal putus asa..setiap kali jatuh, cepat2 Damia bangun mengatur langkah lagi sekali...dan jatuh lagi...begitulah cekalnya insan bernama damia meneroka kehidupan ini..dan yang paling gembira tentulan abangnya...

"mama...mama, bebi dah boleh jalan la mama...bebi dah besar, nanti boleh la abang bawak bebi jalan2 kat depan tu..."

suka sangat si abang apabila melihat adiknya dah mula bertatih..saat2 yang ditunggunya..hari2 tanya mama, bila bebi (panggilan manja abang pada damia) nak besar..nak jalan...

"cepat bebi...cepat bebi..sikit lagi...ala...jatuh lagi...bangun bi...bangun bi.."

Begitu lah kata2 semangat dari abang kpd adiknya agar tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu...dengan penuh semangat Damia bangun untuk meneruskan langkah seterusnya...

Abang bertepuk tangan meraikan kejayaan Damia dah boleh menapak...jelas tergambar sinar kegembiraan di wajah abang...Abang sudah lama menanti saat2 ada teman..saat2 adik dah besar..


Anakku Damia,
Perjalanan hidup kita di dunia ini masih panjang...terlalu panjang..
Kamu baru menyusun langkah pertama untuk meneruskan langkah2 seterusnya..
kamu perlu kuatkan semangat dan tabah untuk melalui hari2 depan..
Mama sentiasa bersamamu walau dalam apa jua keadaan..
Di saat suka duka, mama sentiasa akan menemanimu
selagi hayat mama dikandung badan...

Damia,
Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah dunia
Jangan mudah tertipu dengan kehidupan duniawi
Tebalkan hatimu dengan iman
agar kamu dapat menongkah arus kehidupan yg serba mencabar..
supaya tidak tersungkur di sepanjang perjalananmu...

Wednesday, March 2, 2011

Meniarap... :)
















Jun 2009

Damia dah pandai meniarap...tengok la aksi2 damia yang comel ni...ekeke...

Botak Selepas Cukur Jambul (^_^)











Lihat la gambar2 saya yang botak ni selepas Majlis Akikah dah Cukur jambul...cantik kan?hik3...macam boy pun ada...kalau mama tak pakaikan baju gegurl, ramai yang cakap saya ni boy...hu3...tak suke lah...tapi kadang2 tu mama dah pakaikan gaun pun masih ada lagi yang bertnya boy ke girl ni?ape daa...tak kan tak nmpak mama pakaikan baju girl, mestilah girl kan mama... (^_^)

Main Air Kat Hutan Bandar











Tengok la keletah damia main air...bukan main seronok lagi dia...nak2 ramai pulak yang layan dia, bagai puteri raja..apa lagi, makin seronok la dia..

Kebetulan masa ni cuti sekolah akhir tahun, Anjang, Andak, Alang, dan sepupu damia, Afiq anak Mak Ngah damia datang...mama bawak la picnic kat hutan bandar ni..

Abang pun bukan main seronok lagi dpat mandi kolam...tapi kolam kat sini tak la bersih sangat...biasa la dah bercampur ngan ramai budak2, mesti ada yang terkencing...lepas main kolam mesti kena bilas balik dengan air bersih...

Taska Duniaku...

Nov 2009

Sekarang damia dah kat taska...Setakat ni alhamdulillah, nampak macam damia pun ok kat sini..tak ada sebarang masalah lagi..harap2 akan berterusan la ok...hati mama pun senang..pagi2 pun tak kelam kabut nak hantar abang kat pulai jaya, pastu kuar balik hantar damia pulak kat Desa Bakti...banyak sgt tempat nak nyinggah...sekarang dah setempat senang, sekali singgah jer...

Kat Taska ni baby2 diasingkan kat bilik depan...anak2 umor 2 - 6 tahun kat ruang depan..jadi mama tak la risau sangat takot2 anak2 yg besar tu kacau damia...dan utk baby ni dikhaskan seorg pengasuh...lega hati mama dengarnya..pastu mama tak perlu susah2 masakkan bubur utk damia, taska akan sediakan...Pagi2 pukul 7.15 mama hantar abang dan damia kat taska..pukul 5.20 petang mama dah sampai kat taska utk amek anak2 mama...begitu lah rutin damia dan abang kat taska...

Tuesday, March 1, 2011

OKTOBER 2009 - Bertukar Pengasuh

OKTOBER 2009

Genap damia sembilan bulan, mama pindahkan damia dari rumah Pengasuh ke Taska kat Pulai Jaya bersama-sama dengan abang..Hari2 abang duk merayu dengan mama mintak damia hantar kat taska jugak...Abang cakap nanti abang rindu damia..Mulanya mama tak endahkan sangat, ye la masa tu adik kecik lagi...mama rasa tak sesuai sangat duk kat taska..kurang perhatian nanti..ye la orang ramai kan...abang tak apa lah, abang dah besar, dah pandai bawak diri..

Tapi selepas berlakunya satu peristiwa yang memang mama tak boleh lupakan dan tak maafkan sampai hari ni, hati mama dah jadi tawar...hati mama dah tak seronok nak hantar damia kat situ lagi...setiap kali mama hantar dan ambil damia, hati mama sakit...Mama cakap dengan papa, papa cakap sabar lah...tapi mama rasa mama dah tak boleh sabar lagi dah..tapi mama buntu, mama tak tau nak cakap macamana dengan pengasuh damia tu.. (^_~)

Banyak faktor yang buatkan mama nekad untuk tukar pengasuh damia...salah satunya yang mama sebut kat atas tadi tu...yang keduanya, faktor keselamatan...mama dah pandai merayap, merangkak, umah pengasuh damia 2 tingkat, jadi mama risau kalau2 pengasuh damia sibuk, tak perasan damia panjat tangga yang curam dan tinggi tu..aduhh...tak sanggup mama bayangkan...mama tak mau ambil risiko untuk pertaruhkan keselamatan anak mama...ketiganya mama rasa damia tak sesuai membesar kat situ...persekitaran, pergaulan dan sebagainya lah..mama tau sebab mama dah 4 tahun duk kat situ... hati mama tak tenang duk pikir keselamatan anak mama yg kecik molek nih...Hari2 mama berdoa agar Allah permudahkan urusan mama...

nak dijadikan cerita, mungkin allah mendengar rintihan mama, doa mama selama ni dan Allah nak permudahkan urusan mama, anak pengasuh damia kena chikenpox...so untuk tidak mengambil risiko jangkitan, mama tak hantar damia ke sana selama seminggu selepas disarankan oleh pengasuhnya...buat sementara mama hantar damia ke Taska sama dengan abang...bukan main seronok lagi abang..ada adik kat taska tu..Dalam tempoh seminggu tu mama buat pemantauan, sekiranya ok, mama akan terus hantar damia ke taska tu la dan keluarkan dari rumah pengasuhnya...

Genap seminggu damia kat taska mama dan papa pergi berjumpa dengan pengasuh damia dan cakap baik2 dengan dia, mama tak hantar kat sini lagi..mama nak hantar kat pengasuh sekali dengan abang..senang setempat tak byk sangat tempah singgah...Alhamdulillah...pengasuh damia boleh terima..mama ambil smua barang2 damia, buaian, pakaian dan peralatan damia...tapi selepas tu mama rasa macam menyesal sangat...rasa bersalah pun ada...tapi dalam satu masa yang sama mama rasa lega dapat keluarkan damia dari situ...lagi pun damia alergik pada karpet...banyak la faktor2 yg membuatkan mama tekad untuk tukar pengasuh..tapi biarlah mama ngan papa jer tau...

Selama damia kat pengasuh lama mama berpuashati sangat dengan layanan pengasuh tu...memang tak ada masalah...anak2 dan suami dia pun begitu menyayangi damia...memang penuh kasih sayang la damia kat situ....mama tau kat taska damia tak kan dapat semua tu...tu yg buat mama sedikit terkilan....berat jugak hati mama nak keluarkan damia dari rumah yang penuh kasih sayang tu...tapi demi kebaikan damia mama terpaksa..

Apa Ada Pada Nama

Apa Ada Pada Nama...

Bagi sesetengah orang, nama bukan lah sesuatu yang penting...tapi bagi mama, nama anak2 mama begitu penting...sangat penting...disebabkan itu, mama membuat pilihan yang terbaik untuk mencari nama anak2 mama...agar mama tidak tersilap pilih..

Pertama sekali mama niatkan dalam hati, mama nak anak yang macam mana...mama nak anak2 mama bijak2, pintar...so, mama cari nama yang maksudnya bijak, pintar..agar suatu hari nanti anak mama menjadi seorang yang pintar....berguna kepada agama, bangsa dan negara..

setelah dipilih2, disenarai pendek, bertanya orang yang arif, akhirnya mama berkenan dengan nama :

QISTI DAMIA HUMAIRA

yang bermaksud :

QISTI : Bijak, Adil

DAMIA : Bijak (semoga berganda kebijakan anak mama ni...amin,,,)

HUMAIRA : Berpipi merah

Mama...


Mama...
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.

Mama...
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.

Mama...
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.

Mama...
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.

Mama...
Jangan kau pergi dulu.
Aku tak sanggup tangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku mama...

Damia Batuk dan Selsema

Sejak dari Damia berusia 4 bulan damia asyik batuk2 jer...batuk berkahak....pekat pulak tu..Biasa klu dah batuk, selsema sekali la...boleh katakan setiap masa damia selsema dan batuk....kesian damia...sedih mama tengok...klu baik pun seminggu jer pastu datang balik batuk dan selsema dia tuh..

Setiap kali Damia kena macam tu mama bawak damia pegi Poliklinik Puteri, jumpa Doktor Alwi..pastu damia mesti kena neb untuk cairkan kahak...sehari sampai 2 kali kena pergi klinik dapatkan neb..bermacam2 ubat doktor kasi untuk pulihkan damia...tapi dah nak habis sebotol pun, batuk tak baik2 jugak...risau jugak mama...tak kan setiap masa nak bergantung ngan ubat batuk... lagi pun tak elok jugak asyik bergantung dengan ubat batuk tu..

Doktor suh kaji puncanya, sebab apa jadi macam tu..doktor alwi belek2 balik rekod damia, setiap kali datang klinik dengan masalah yang sama dan kerap pulak tu..blh katakan tiap2 bulan. Kadang2 dua kali sebulan. Doktor tnya, kat umah pengasuh ada bela kucing tak, ada pakai karpet tak? mcm2 lagi doktor tnya...pastu baru aku terlintas, kat umah pengasuh xde bela kucing, tapi ada guna karpet....ya...karpet...doktor cakap kemungkinan karpet...sbb sejak damia dah pandai meniarap lagi kerap damia kena batuk mcm ni...yer ler muka asyik menyembam kat karpet tuh....

Buntu mama setiap kali damia kena macam ni...dah tak tau nak wat apa...kadang2 mama hanya mampu menangis kenangkan damia...kalau boleh biarlah mama jer yang kena mcm tuh..namun apakan daya, mama tak mampu untuk mengubahnya...mama hanya mampu berdoa agar antibodi damia kuat...tak batuk2 lagi...tiada apa yang lebih istimewa bagi mama melainkan dapat melihat anak mama sihat seperti biasa...setiap hari bibir mama tak putus2 memanjatkan doa pada yang esa agar dipanjangkan usia anak2 mama..diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah...itu jer dah cukup buat mama bahagia...

Puisi Untuk Mama..


Sembilan bulan lamanya
Berada dalam rahim mama
Janin muda perut mama
Pengorbanan tiada sia-sia
Akhirnya aku lahir juga

Dunia baru berseru
Pada diriku
Waktu dulu
Pada pangkuanmu

Jasa sejagat
Bercucuran keringat
Masih tetap semangat
Seiring kasih hangat
Dalam dekapan hanyat

Mama
Waktu terus berputaran
Pada kenyatan dunia
Dari balik tubuh polos
Doa dari mama
Agar Ananda bahagia

Mama
Telah dua tahun berlalu
Tetap saja kau setia
Terkadang ananda lupa
Masih terus mama berdoa
Ku harap tak akan durhaka
kepada mama yang banyak berjasa
Celakalah ananda
Neraka akan menyapa

Mama
Ananda yang hina
Berharap tetap berguna
Walau jua tak ada
Selalu berusaha
Semoga Mama bahagia
Dunia memang berbeza
Tak mesti bersama
Mama tetap di jiwa
Raga ananda,

Mama
Untaian bunga
Ukiran bianglala
Lautan samudera
Intan permata
Kecantikan dunia
Tidak seberapa
Mama tetaplah Mama
Terkenang sepanjang masa
Tak pernah ada akhirnya

Mama...
Wanita terhebat
Wanita terdekat
Ku kenal kau
Lewat nada merdu
Ku ucap kata mama
Kaulah pelitaku
Tak akan padam
Terkadang meredam
Tetap tak mendendam

Dari kedingingan malam
Ananda memberi salam
Salam dari gubuk terdalam
Demi kerinduan terpendam
dari anakmu, Damia..
sayang mama selamanya...

I LOVE U, MAMA....

Damia & Abang











Masa ni aku baru sebulan lebih....abang lak sayang sangat kat aku...mama cakap dah lama abang menantikan kehadiran ahli keluarga baru...dah lama abang kesepian...keseorangan tanpa teman bermain...mama dengan papa la jadi mangsa teman bermain abang...

Mama cerita kat aku...dari aku dlm pewut mama lagi abg suka main ngan aku..suka cakap2 ngan aku...hari2 abang tnya bila bebi nak kuar...memang abang tak sabar sangat nak tunggu aku lahir ke dunia ni...hari2 abg suh aku cepat kuar...last2 mmg cepat betul aku kuar...yer ler..hari2 duk seru, cepat la kuar, cepat la kuar...hahaha..masuk 38 minggu jer aku terus kuar dengan jayanya kat Hospital Sultanah Aminah...Mama tak balik kg masa bersalinkan aku, sebab umah tok masa tu blom siap sepenuhnya lagi...Aku kat dalam perut mama pun hari2 dengar suara mama, suara papa dan suara abang...abang akan ketawa kalau aku bergerak2 kat dalam perut tu...haha...sayang sungguh abang kat aku...

Tengok la gambar2 kat atas tu, betapa akrabnya kami...kasih sayang seorg abang dan adik yang tak dapat dipisahkan...aku rasa beruntung sangat dapat seorang abang yang begitu penyayang....tapi sekali sekala aku nampak abang seakan2 jeles jugak dengan kehadiran aku...ye la, klu dulu sebelum kehadiran aku, perhatian mama dan papa semua tertumpu kat abang, sekarang ni perhatian tu dah terbahagi dua...utk abang dan aku...mungkin sebab tu abang jeles kot...mama cakap nanti lama2 abang akan terbiasa dengan keadaan ini..sekarang masih baru lagi...namun aku tau abang begitu menyayangi aku...aku pun sama...aku dah dapat rasa kasih sayang abang sewaktu dalam perut lagi...sekarang aku dah dapat lihat betapa hencemnya abang aku ni...hihihi....mesti abang perasan nanti klu abang baca nih...

Damia tengok kasih sayang mama dan papa kat kami pun tak berbelah bagi, sama rata...cuma perhatian lebih kepada Damia la sebab damia kan tecik lagi...tak pandai berdikari lagi...semua perkara yang damia nak damia perlukan pertolongan...damia perlukan pertolongan mama untuk makan, (tp masa ni lom mkn lg) menyusu, mandi, pakai baju...semua lah...

abang,
bimbing la daku agar aku tidak tersesat dalam cahaya,
pimpin la tangan agar daku tidak tersasar dilaluan berliku,
lindungilah daku sepertimana mama & papa melindungi kita

abang,
terima kasih kerana menyayangiku
terima kasih kerana sudi berkongsi kasih dengan ku
terima kasih kerana menerima kehadiranku
terima kasih di atas segala-galanya..

abang,
semoga kasih sayang antara kita akan bertaut sampai bila2..



HARITH + DAMIA = RITHMIA 4 EVER .....
~BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAMA & PAPA ~