Friday, March 4, 2011

Langkah Pertama






Januari 2010

Damia dah mula menapak....bertatih..jalan jatuh..namun damia tak pernah kenal putus asa..setiap kali jatuh, cepat2 Damia bangun mengatur langkah lagi sekali...dan jatuh lagi...begitulah cekalnya insan bernama damia meneroka kehidupan ini..dan yang paling gembira tentulan abangnya...

"mama...mama, bebi dah boleh jalan la mama...bebi dah besar, nanti boleh la abang bawak bebi jalan2 kat depan tu..."

suka sangat si abang apabila melihat adiknya dah mula bertatih..saat2 yang ditunggunya..hari2 tanya mama, bila bebi (panggilan manja abang pada damia) nak besar..nak jalan...

"cepat bebi...cepat bebi..sikit lagi...ala...jatuh lagi...bangun bi...bangun bi.."

Begitu lah kata2 semangat dari abang kpd adiknya agar tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu...dengan penuh semangat Damia bangun untuk meneruskan langkah seterusnya...

Abang bertepuk tangan meraikan kejayaan Damia dah boleh menapak...jelas tergambar sinar kegembiraan di wajah abang...Abang sudah lama menanti saat2 ada teman..saat2 adik dah besar..


Anakku Damia,
Perjalanan hidup kita di dunia ini masih panjang...terlalu panjang..
Kamu baru menyusun langkah pertama untuk meneruskan langkah2 seterusnya..
kamu perlu kuatkan semangat dan tabah untuk melalui hari2 depan..
Mama sentiasa bersamamu walau dalam apa jua keadaan..
Di saat suka duka, mama sentiasa akan menemanimu
selagi hayat mama dikandung badan...

Damia,
Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah dunia
Jangan mudah tertipu dengan kehidupan duniawi
Tebalkan hatimu dengan iman
agar kamu dapat menongkah arus kehidupan yg serba mencabar..
supaya tidak tersungkur di sepanjang perjalananmu...

Wednesday, March 2, 2011

Meniarap... :)
















Jun 2009

Damia dah pandai meniarap...tengok la aksi2 damia yang comel ni...ekeke...

Botak Selepas Cukur Jambul (^_^)











Lihat la gambar2 saya yang botak ni selepas Majlis Akikah dah Cukur jambul...cantik kan?hik3...macam boy pun ada...kalau mama tak pakaikan baju gegurl, ramai yang cakap saya ni boy...hu3...tak suke lah...tapi kadang2 tu mama dah pakaikan gaun pun masih ada lagi yang bertnya boy ke girl ni?ape daa...tak kan tak nmpak mama pakaikan baju girl, mestilah girl kan mama... (^_^)

Main Air Kat Hutan Bandar











Tengok la keletah damia main air...bukan main seronok lagi dia...nak2 ramai pulak yang layan dia, bagai puteri raja..apa lagi, makin seronok la dia..

Kebetulan masa ni cuti sekolah akhir tahun, Anjang, Andak, Alang, dan sepupu damia, Afiq anak Mak Ngah damia datang...mama bawak la picnic kat hutan bandar ni..

Abang pun bukan main seronok lagi dpat mandi kolam...tapi kolam kat sini tak la bersih sangat...biasa la dah bercampur ngan ramai budak2, mesti ada yang terkencing...lepas main kolam mesti kena bilas balik dengan air bersih...

Taska Duniaku...

Nov 2009

Sekarang damia dah kat taska...Setakat ni alhamdulillah, nampak macam damia pun ok kat sini..tak ada sebarang masalah lagi..harap2 akan berterusan la ok...hati mama pun senang..pagi2 pun tak kelam kabut nak hantar abang kat pulai jaya, pastu kuar balik hantar damia pulak kat Desa Bakti...banyak sgt tempat nak nyinggah...sekarang dah setempat senang, sekali singgah jer...

Kat Taska ni baby2 diasingkan kat bilik depan...anak2 umor 2 - 6 tahun kat ruang depan..jadi mama tak la risau sangat takot2 anak2 yg besar tu kacau damia...dan utk baby ni dikhaskan seorg pengasuh...lega hati mama dengarnya..pastu mama tak perlu susah2 masakkan bubur utk damia, taska akan sediakan...Pagi2 pukul 7.15 mama hantar abang dan damia kat taska..pukul 5.20 petang mama dah sampai kat taska utk amek anak2 mama...begitu lah rutin damia dan abang kat taska...

Tuesday, March 1, 2011

OKTOBER 2009 - Bertukar Pengasuh

OKTOBER 2009

Genap damia sembilan bulan, mama pindahkan damia dari rumah Pengasuh ke Taska kat Pulai Jaya bersama-sama dengan abang..Hari2 abang duk merayu dengan mama mintak damia hantar kat taska jugak...Abang cakap nanti abang rindu damia..Mulanya mama tak endahkan sangat, ye la masa tu adik kecik lagi...mama rasa tak sesuai sangat duk kat taska..kurang perhatian nanti..ye la orang ramai kan...abang tak apa lah, abang dah besar, dah pandai bawak diri..

Tapi selepas berlakunya satu peristiwa yang memang mama tak boleh lupakan dan tak maafkan sampai hari ni, hati mama dah jadi tawar...hati mama dah tak seronok nak hantar damia kat situ lagi...setiap kali mama hantar dan ambil damia, hati mama sakit...Mama cakap dengan papa, papa cakap sabar lah...tapi mama rasa mama dah tak boleh sabar lagi dah..tapi mama buntu, mama tak tau nak cakap macamana dengan pengasuh damia tu.. (^_~)

Banyak faktor yang buatkan mama nekad untuk tukar pengasuh damia...salah satunya yang mama sebut kat atas tadi tu...yang keduanya, faktor keselamatan...mama dah pandai merayap, merangkak, umah pengasuh damia 2 tingkat, jadi mama risau kalau2 pengasuh damia sibuk, tak perasan damia panjat tangga yang curam dan tinggi tu..aduhh...tak sanggup mama bayangkan...mama tak mau ambil risiko untuk pertaruhkan keselamatan anak mama...ketiganya mama rasa damia tak sesuai membesar kat situ...persekitaran, pergaulan dan sebagainya lah..mama tau sebab mama dah 4 tahun duk kat situ... hati mama tak tenang duk pikir keselamatan anak mama yg kecik molek nih...Hari2 mama berdoa agar Allah permudahkan urusan mama...

nak dijadikan cerita, mungkin allah mendengar rintihan mama, doa mama selama ni dan Allah nak permudahkan urusan mama, anak pengasuh damia kena chikenpox...so untuk tidak mengambil risiko jangkitan, mama tak hantar damia ke sana selama seminggu selepas disarankan oleh pengasuhnya...buat sementara mama hantar damia ke Taska sama dengan abang...bukan main seronok lagi abang..ada adik kat taska tu..Dalam tempoh seminggu tu mama buat pemantauan, sekiranya ok, mama akan terus hantar damia ke taska tu la dan keluarkan dari rumah pengasuhnya...

Genap seminggu damia kat taska mama dan papa pergi berjumpa dengan pengasuh damia dan cakap baik2 dengan dia, mama tak hantar kat sini lagi..mama nak hantar kat pengasuh sekali dengan abang..senang setempat tak byk sangat tempah singgah...Alhamdulillah...pengasuh damia boleh terima..mama ambil smua barang2 damia, buaian, pakaian dan peralatan damia...tapi selepas tu mama rasa macam menyesal sangat...rasa bersalah pun ada...tapi dalam satu masa yang sama mama rasa lega dapat keluarkan damia dari situ...lagi pun damia alergik pada karpet...banyak la faktor2 yg membuatkan mama tekad untuk tukar pengasuh..tapi biarlah mama ngan papa jer tau...

Selama damia kat pengasuh lama mama berpuashati sangat dengan layanan pengasuh tu...memang tak ada masalah...anak2 dan suami dia pun begitu menyayangi damia...memang penuh kasih sayang la damia kat situ....mama tau kat taska damia tak kan dapat semua tu...tu yg buat mama sedikit terkilan....berat jugak hati mama nak keluarkan damia dari rumah yang penuh kasih sayang tu...tapi demi kebaikan damia mama terpaksa..

Apa Ada Pada Nama

Apa Ada Pada Nama...

Bagi sesetengah orang, nama bukan lah sesuatu yang penting...tapi bagi mama, nama anak2 mama begitu penting...sangat penting...disebabkan itu, mama membuat pilihan yang terbaik untuk mencari nama anak2 mama...agar mama tidak tersilap pilih..

Pertama sekali mama niatkan dalam hati, mama nak anak yang macam mana...mama nak anak2 mama bijak2, pintar...so, mama cari nama yang maksudnya bijak, pintar..agar suatu hari nanti anak mama menjadi seorang yang pintar....berguna kepada agama, bangsa dan negara..

setelah dipilih2, disenarai pendek, bertanya orang yang arif, akhirnya mama berkenan dengan nama :

QISTI DAMIA HUMAIRA

yang bermaksud :

QISTI : Bijak, Adil

DAMIA : Bijak (semoga berganda kebijakan anak mama ni...amin,,,)

HUMAIRA : Berpipi merah